Pembinaan jalan Penan

Residen Miri, Ose Murang berkata, kerajaan negeri Sarawak membina jalan penghubung antara 14 kampung yang dihuni 1,444 etnik Penan dan Kelabit.

Pembangunan tergendala kerana tiadanya jalan masuk, faktor geografi yang luas dan kawasan bergunung-ganang. Kerajaan Sarawak melantik syarikat Samling Group ( sebuah syarikat pembalakan) untuk membina jalan balak yang kemudiannya boleh dinaik taraf untuk dijadikan jalan penghubung utama.

Pembinaan jalan antara bandaraya Miri ke Pa Debpur, Kelapang yang meliputi kampung Long Benali tergendala kerana sekatan jalan sejak 2004 yang dibina oleh sekumpulan etnik Penan dari Long Benali. Sekatan masih diteruskan sehingga 2006. Rundingan demi rundingan telah dijalankan tetapi tidak berjaya. Penduduk Penan nekad dengan keputusan mereka dan tidak percaya janji-janji selama ini.

Penduduk Penan menuduh syarikat pembalakan itu hanya mementingkan keuntungan dan menjejaskan kualiti hidup penduduk di perkampungan mereka. Sekatan jalan itu bagi melindungi alam sekitar, sumber makanan dan rezeki mereka dan sumber air untuk minuman, mandi dan sebagainya. Masyarakat Penan tidak mudah tertipu dengan janji kosong pemimpin kerajaan negeri Sarawak dan Malaysia dan janji manis oleh syarikat pembalakan.Selepas pokok habis ditebang , jalan raya yang dijanjikan tidak siap.

Kerajaan negeri Sarawak menafikan tuduhan itu. Kerajaan melantik syarikat baru dan syarikat pembalakan ini tidak sama dengan syarikat terdahulu.